Monday, August 31, 2009
Petang kelmarin aku singgah di sebuah masjid nak solat Asar. Masa tu baru lepas hujan. Risau pula nak tinggalkan kamera dalam kereta. Maklumlah..pencuri zaman sekarang dah tak kira masjid ker tidak. Besi pagar kubur pun hilang. So..aku pun galas kamera masuk dalam ruang solat.
Tak semena-mena muncul seorang lelaki. Rasanya macam orang tempatan kat sekitar masjid tu.... belum sempat aku solat..dia suruh aku ambik gambar bumbung masjid yang bocor, karpet yang rosak. air yang bertakung, longkang yang tersumbat..Ambik biar terang. Gambar biar banyak posisi...dia memberi arahan. Aku senyum jer...
Tapi lepas solat aku tengok dia masih tercongok kat serambi masjid. Memang dia nak sangat suruh aku ambik gambar. Dia ingat aku ni wartawan suratkhabar. Dia nak semua cerita tu masuk surat khabar. Biar semua orang tahu...
Aku tinjau keliling masjid. Aku tengok ada banyak pasir dalam longkang..sebab tu air melimpah. Bumbung pula bocor kena hempap buah kelapa. Tak kan itu pun nak masuk suratkhabar. Sebenarnya inilah peluang untuk kita buat pahala. Apa salahnya..kita cuci longkang sampai bersih. Biar air deras mengalir. Pokok kelapa tu ..kita tebang saja kalau susah nak jaga. Bumbung tu kita baiki lahh...ini kan masjid kita.....
Kalau semua kita nak orang lain buat...kita nak buat apa??? Tak nak pahala ker ???
Wallahua'lam..
Catatan : Masjid kita tanggungjawab kita...
Saturday, August 29, 2009
Beberapa tahun dulu..aku pernah terlibat hasilkan satu dokumentari ringkas. Dokumentari ini berkisar tentang keinginan seorang warga emas memahami logo kualiti yang dilihatnya di beberapa tempat. Dokumentari ini telah ditayangkan di Hotel Ms Garden, Kuantan pada tahun 2007.Catatan : Bantu perkara kebajikan...
Masa sekolah rendah dulu, aku paling suka baca buku cerita. Antara cerita paling menarik ialah si buta melihat gajah. Konon cerita..ada beberapa orang pemuda yang buta berbincang sesama mereka tentang fizikal gajah. Ada yang kata gajah itu begini..ada yang kata begitu. Disebabkan mereka tidak sependapat tentang fizikal sebenar gajah..mereka pun merancang untuk pergi ke kandang gajah dan menyentuh sendiri fizikal gajah supaya pemahaman mereka tentang gajah akan jadi lebih jelas.Esoknya, kumpulan si buta tadi telah pergi ke kandang gajah. Setelah mendapat keizinan, mereka pun masuki ke kandang dan menyentuh sendiri fizikal gajah tersebut. Di antara pandangan mereka ialah :
Sibuta 1 : Ohhh...gajah ini rupanya seperti tiang..[ sambil memegang kaki gajah ]
Sibuta 2 : Bukan..gajah ini seperti lantai rumah..[ sambil memegang perut gajah ]
Sibuta 3 : Salah tu...gajah ini seperti tali..[ sambil memegang ekor gajah ]
Sibuta 4 : Ehhh..gajah ni seperti tombak lahh ..[ sambil memegang gading gajah ]
Sibuta 5 : Gajah ini seperti kipas yang besar...[ sambil memegang telinga gajah ]
Sibuta 6 : Saya rasa semua tu betul...tapi kita mesti gabungkan ke semuanya supaya kita membentuk fizikal gajah yang sebenarnya...
"...berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu bercerai berai. Dan masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya..."
Friday, August 28, 2009
Daripada Hazrat Abu Hurairah R.A..Rasulullah SAW bersabda :Catatan : Hadis 22 Fadhail Qur'an
Wednesday, August 26, 2009
Catatan : foto raindra prakasha
Kenapa orang jadi sombong ??? Meninggi diri..rasa megah tak tentu pasal. Lalu terpancarlah kesombongan itu pada cahaya wajah, tutur kata, gaya, pertuturan dan seluruh tingkah. Orang yang sombong tidak akan diajak berbicara dengan Allah SWT pada hari kiamat.
Catatan : Wana u' zubillah hi min zalik..
Friday, August 21, 2009
Malam ni malam pertama Tarawih. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama ....diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. Ramai orang tahu...sebab sehari dua sebelum Ramadhan..tuan guru baca kitab. Ramai lagi yang tak tahu...sebab tak datang mengaji...dan ramai sangat yang tak nak ambil tahu...sebab dia kata tak puas enjoy lagi..
Kat tempat aku...penuh masjid. Melimpah ruah ruang solat lelaki dan perempuan. Tapi bila habis lapan rakaat...tinggal separuh jerr...Tak apalah..sekurang-kurangnya dorang datang juga mengimarahkan masjid..menghayati Ramadhan.
Tarawih sekarang bukan macam masa aku budak budak dulu...baca ayat lazim..pendek-pendek. Sekarang kebanyakan masjid dah pakai imam import. Hafiz Quran...baca pun macam imam timur tengah.... Said Ghamdi, Abd Rahman Sudais Abd Rahman Huzaifi dan macam-macam lagi. Ini perkembangan yang bagus....
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat kita manafaatkan sepenuhnya. Biar lebih baik dari tahun - tahun dulu. Semoga Allah SWT beri kita kekuatan untuk solat Tarawih setiap malam...dan...semoga amalan kita diterima. Tak kiralah lapan ker dua puluh ...yang penting...jangan biarkan Ramadhan berlalu begitu saja...rugi sangatttttt !!!
Catatan : Sama-sama kita beramal- InsyaAllah
Hazrat Salman R.A berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, pada hari terakhir dari bulan Syaaban :
Wednesday, August 19, 2009
Catatan : foto raindra prakasha
Maahad Tahfiz Al Qur'an Lorong Aliff, Jitra, Kedah merupakan sebuah institusi pengajian Al Qur'an yang ditubuhkan lebih 17 tahun yang lalu. Bermula dengan beberapa orang pelajar dan seorang guru [ Hafiz Khalid ], madrasah ini kemudiannya berkembang dan menghasilkan ratusan hafiz dan hafizah. Madrasah ini juga telah membuka cawangannya di Langgar, Kuala Ketil dan Sarawak.Catatan : ..ustaz aref, syeikh habib.., ustaz ibrahim hindi
Bulan April yang lalu..aku ditugaskan ke Sarawak. Sebenarnya, aku pernah bertugas di Sarawak dari tahun 1989 hingga 1994. Tapi inilah kali pertama aku sampai di Pasar hasil Hutan Betong.Catatan : Pasar Betong, Pasar hasil Hutan, Sarawak
Tuesday, August 18, 2009
Masa paling bahagia..ialah masa bersama keluarga tercinta. Kalau boleh biar berkumpul satu generasi. Biar habis nasi sekawah...gulai seperiuk besar....... ayam sereban digoreng kunyit...ulam secekak...Catatan : ..di Kuala Kangsar
Beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut kehadiran Ramadhan Al Mubarak. Inilah bulan yang penuh dengan kerahmatan. Mudah-mudahan kita dipanjangkan usia serta diberi kekuatan untuk meningkatkan ketaatan ke hadrat Allah SWT.Catatan : Marhaban Ya Ramadhan
Kerapkali kita menilai sesorang itu sebagai "orang berilmu" melalui kelulusannya. Si pulan itu punya degree...si pulan itu belajar di oversea...si pulan pula itu cuma bersekolah atap. Semakin tinggi kelulusannya, semakin tinggi pula penarafan kita terhadap keilmuannya. Bagi yang tidak mempunyai sebarang kelulusan, mereka dilihat sebagai orang yang tidak berilmu.Catatan : Rujuk Kitab Fadhilat Tabligh
Sunday, August 16, 2009
Catatan : ..sekadar memperingati..
Saturday, August 15, 2009
Seorang rakan mengirim email mempelawa aku untuk join kursus "CEMERLANG DI TEMPAT KERJA". Dia turut memaklumkan, peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai tips untuk menjadi pekerja cemerlang...dan lagi dia kata...ramai yang ikut kursus ini dah naik pangkat..lantaran kecemerlangan hasil kursus ini. Terima kasihlah atas pelawaan.Catatan : Jitra, Suasana pembelajaran di MTALA
Wednesday, August 12, 2009
Masa aku kecik-kecik dulu, emak ayah buat bendang..masa tu tak ada mesin padi lagi. Bila musim mengerat [ menuai ]..suasana cukup meriah. Orang Pattani datang ambik upah mengerat dan memukoi. Tidur pernah ruang tamu rumah aku..Catatan : ..berjayakah aku???
Tuesday, August 11, 2009
Balik petang kelmarin, aku singgah kedai kasut. Nak beli kapur kasut jaaa. Tapi promoter tu ingat aku nak beli kasut. Tak sempat nak bagi penjelasan dia promote satu kasut. Kononnya akulah orang yang paling beruntung kalau beli kasut tu. Dah la canggih..menawan...murah pula tu..dan lagi dia kata cuma tinggal satu tu sajalah kasut jenis macam tu. Laku sungguh sampai habis stok. Kat kedai lain pun tak ada. Dia lah pengedar tunggal..Catatan : Anakanda Hanzalah dan kasut sekolahnya..
Ada kawan tanya...kenapa tulis blog ? Tak ada kerja ka ? Layan perasaan kaa...bla..bla..bla. Aku tak kata apa..sebab dalam soalan dia dah ada jawapan yang dia nak. Dia tanya dan dia jawab..kira ok laaa..sebab aku tak payah cari jawapan.Catatan : Edit sendiri, Papar sendiri, Syok Sendiri, Tengok Sendiri
Dulu aku mesti balik rumah emak kat kampung..paling tidak seminggu sekali. Anak-anak bersorak sakan kalau dapat balik rumah tok. Lebih-lebih lagi bulan puasa atau hari raya. Ni lah port kami berkumpul.
Tapi sekarang ...rumah ni dah tak ada lagi. Kayunya pun dah dibeli orang. Emak dah tak kuat lagi untuk tinggal bersendirian di rumah ini. Tapak rumah pula hak orang. Jadi..aku terpaksa merelakan rumah ini diroboh dan kayunya di jual. Itupun..kehendak emak. Kami tak ada port berkumpul lagi macam dulu...
Sekarang.. sebulan sekali atau dua kali aku akan balik juga ke kampung...menziarahi pusara ayah, anakandaku Farah Hanan, Abang Shukor dan tok. Tapi lepas ziarah kubur dan solat di Masjid Irfan..kami tak ada port persinggahan lagi...yang tinggal hanya sejuta kenangan..
Masa kecik dulu..aku selalu ikut emak pergi sawah. Cabut menerung. Menerung ni sejenis tumbuhan yang tumbuh dalam bendang. Tapi..aku tak cabut banyak mana pun...sebab leka tahan taut ikan darat. Emak yang pulun sakan. Aku main saja. Masa tu arwah ayah tengah sakit. Tapi aku pun tak reti apa-apa lagi..tak fikir apa pun.Catatan : foto raindra prakasha
27 Syaaban datang lagi...membawa bersama kenangan yang tidak mungkin akan dapat aku lupakan. Peristiwa yang menjadi pengajaran paling besar dalam hidup aku. Bahawa dalam hidup ini kita tidak punya apa-apa melainkan pinjaman semata-mata. Monday, August 10, 2009
ALHAMDULILLAH -
Pada 01 Ogos 2009 yang lepas, aku, Wan Mahadzir, Rosdi, Rahim Omran dan Surizan telah membantu menguruskan pengendalian MCP Camera di Maahad Tahfiz Al Qur'an Lorong Alif, Jitra. Majlis ini dikenali sebagai Majlis Dastarbandi atau pun Majlis Penyampaian Syahadah untuk lulusan Tahfiz Al Qur'an dan Upacara Pemakaian Serban. Apa yang menggembirakan ialah kami dapat bersalaman dengan para ulama dari dalam dan luar negara. Antaranya ialah Allamah Syeikh Qari Muhammad Yaseen yang terkenal dengan pengajian Al Quran kaedah Panipati.
Seperkara lagi, petugas MCP Camera ini terdiri dari gabungan kerjasama KKBD, KKAP dan POLIMAS. Walaupun sumbangan ini amat kecil nilainya, kami amat berbangga kerana dapat berada di kalangan para ulama dan dapat membantu sekadar termampu.
Catatan : Musafar Dengan Alim Ulama
Thursday, August 6, 2009
Catatan : Al Quran penyuluh hidup
Wednesday, August 5, 2009
Teman
Tatkala kita mula bertemu
Kau adalah kau
..dan aku adalah aku
Teman
Tatkala kita mula bermesra
kau tahu hatiku
..dan aku tahu hati mu
Teman
Tatkala kita berpisah
Kau lambai tangan mu
..dan aku lambai tanganku
Teman
Tatkala kita berjauhan
Aku mulai mengingati mu
...dan adakah kau juga begitu ?
Catatan : foto raindra prakasha
Biarpun..solat tidak mengambil masa yang panjang..masih ramai yang tidak memberati perintah Allah SWT ini. Pada hal, seluruh kejayaan kita di dunia dan akhirat berada di dalam solat. Malah Allah SWT menafikan sebarang janji rahmat dengan orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita dan seluruh generasi kita sebagai generasi yang taat. Amin.
Catatan : Anakanda Muhammad Hasbul Iman
Catatan : Hakikat sebuah kehidupan
Aku seperti biasa ke sana sini dengan lensa kamera. Maklumlah, peminat setia seni dan multimedia. Ketika aku berada berhampiran kolam renang Hotel Seri Malaysia Taiping..seorang kanak-kanak yang sedang mandi di kolam tetiba berubah wajah. Ketakutan tidak terperi. Mungkin kehadiran ku secara tiba-tiba atau penampilan ku yang berjambang sambil memegang kamera menyebabkan sicomel ini ingin menyembunyikan dirinya. Perlahan-lahan dia masuk ke kolam mandi dengan air mata bergenang...dan situasi ini sempat ku rakamkan...wajah luhur seorang kanak-kanak..Catatan : Wajah penuh keikhlasan...
Catatan : H1N1 ..bala atau fenomena ?
Terima kasih Allah kerana jadikan atuk...dan terima kasih atuk kerana lahirkan abah...Abang Teh selalu doakan kesejahteraan atuk. Abah pun selalu doakan atuk. Kami selalu doakan atuk..kerana kami ikut hadis Nabi SAW yang bermaksud :Catatan : Ya Allah..berkati kami selalu..amin
Catatan : Anak-anakku permata hati..
Tuesday, August 4, 2009
Panggil saja aku Omar..atau abang Omar atau Pak Cik Omar atau apa saja yang sesuai. Asal panggilan itu membolehkan komunikasi dua hala antara kita. Ada orang kata.."apa ada pada nama?". Pada aku nama sangat penting dan mempengaruhi kehidupan. Syukurlah.. ibubapaku menamakan aku "OMAR". Omar yang bermaksud makmur. Syukur yang tidak pernah padam kerana Allah menganugerahi aku kehidupan yang sempurna. Lahir sebagai seorang Islam, ummat Nabi Muhammad SAW, punya pekerjaaan, rumahtangga, anak anak yang membahagiakan, rezeki ditempat sendiri, kelapangan waktu dan kesihatan yang baik.Catatan : Di ruang mencari rezeki..








