Tuesday, March 8, 2011

Lama Benar Aku Menghilang

Telah lama benar aku menghilang dari alam blog. Jarang sekali aku menjengah blog kesayanganku ini. Hampir setahun lebih...mungkin kerana kesibukan rutin harianku hinggakan aku ketandusan idea untuk menulis. Tapi hari ini, aku jadi rindu untuk menulis semula. Mencoret catatan pengalaman untuk sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran...

Sunday, October 18, 2009

Mari saling memperingati..


Dah lama benar aku tak menulis...bukan tak ingat....cuma tak sempat. Kebelakangan ini aku terlalu sibuk. Macam-macam perkara nak kena siapkan. Macam-macam peristiwa berlaku. Terkini rakan karib aku masa zaman kanak-kanak dulu meninggal sakit jantung....jiran aku masuk wad kerana strok..rakan tempat kerja lama berkahwin dengan kawan aku juga...macam-macam...

Begitulah kehidupan. Banyak perkara berlaku silih berganti. Setiap hembusan nafas..usia pun bertambah TAPI hayat pula semakin berkurang. Ertinya kehidupan kita makin singkat. Kalaulah kita faham tentang maksud kita dijadikan oleh Allah SWT...kita akan jadi orang yang paling sibuk beramal ibadat. Apatah lagi bila menyedari hayat kita kian singkat.

Atas kesedaran ini, marilah kita sama-sama berazam untuk berusaha selagi daya menggandakan ketaatan kepada Allah SWT serta memperbanyakkan amalan. Dunia ini sementara, akhirat selama-lamanya. carilah DUNIA dan jadikan jambatan ke akhirat ....Ingat !!! Jangan pula kau tendang dunia ini ke keranjang sampah... kelak engkau akan jadi menjadi pengemis di dalam nya yang menjadi beban kepada orang lain...

Wallah hua'lam

Tuesday, October 6, 2009

MAYAT ISTIMEWA...


Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku yang berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

wallahua'lam...

Cerita lanjut : http://musafircyber.blogspot.com/2008/12/mayat-tidak-reput-setelah-17-tahun.html

Tuesday, September 29, 2009

MINTA TOLONG...

Kisah benar ini...sering terjadi dalam kehidupan seharian kita. Cuma kadang-kadang kita tak perasan bahawa di sebalik kisah seperti ini ada banyak pengajaran jika kita mau berfikir.

Anakanda saya Iman dan Hanzalah sedang menonton rancangan kartun "Upin & Ipin". Berminat sungguh dua beradik ini dengan watak dalam cerita tersebut. Kalau boleh tak nak berenggang dari TV. Biar dapat menonton sampai puas..biar dialog dapat dihafal. Watak dalam cerita...semuanya mereka kenal bagai ahli keluarga sendiri.

Tiba-tiba Iman bersuara, "abang, tolong ambil kasut adik kat dalam kereta, lepas tu tolong rendam kat bilik mandi, dah tu basuh sekali...kemudian jemur bawah panas matahari...tolong yer". Mendengar permohonan minta tolong yang panjang lebar, si abang pun bertanya," kalau semua abang tolong...adik nak buat apa pula"????....dengan selamba rocknya....adik pun menjawab," alaaaa...nak tengok tv"..

Kadang-kadang dalam kehidupan kita sebagai orang dewasa juga, kita kerap melepaskan tugas dan tanggungjawab kita kepada orang lain atas alasan "minta tolong". Hakikatnya, kalau seratus peratus orang lain yang buat....itu bukan minta tolong lagi....TETAPI....minta buatkan bagi pihak kita. kalau semua orang lain yang buat...kita nak buat apa ??? Tengok TV juga kerrrr????

JANGAN KAU LUPA...


Anak ku...
Jangan kau lupa
Sampai bila-bila
Pesan ayah bonda

Berbicaralah dengan baik
Rendahkan suara mu
Tundukkan pandangan mu
Buat yang disuruh
Tinggal yang dilarang
Solat jangan pernah kau abaikan

Anakku
Kita cuma seorang hamba
Tidak punya apa-apa...
Kalimah ayahbonda ini..
Jangan kau lupa..

SIAPALAH KITA...

Siapalah kita ????
Untuk bermegah dan berbangga
Mendabik dada keras kepala
Angkuh dan sombong bicara
Konon kitalah segalanya
Pandai itu ini.....
Bijak segala macam
Petah berkata-kata
Kelulusan tinggi...Ijazah berguni-guni
Pangkat itu ini
Bintang berkarang ..
Gelaran terpanjang..
Orang penting...
Tak ada kita semua tak menjadi...

Yang bagus itu ...aku
Yang pandai itu...aku
Yang baik itu....aku
Yang hebat itu....aku
Semuanya ...aku

Siapalah kita...
Bila diakhir kalam...
Lidah kelu mengucap syahadah
Terpadam seri wajah
Berpaling Rasulullah SAW
Tanpa Syufaat
Dinafikan sebagai ummat...

Di mana ijazah berguni ????
Bintang berkarang ?????
Gelaran terpanjang ????
Pangkat darjat ????
Siapalah kita ????

Monday, September 28, 2009

6 HARI DI BALAS SETAHUN

Subhanallah...Maha suci Allah SWT yang Maha Pemurah...setelah pelbagai anugerah diberikan kepada kita sepanjang Ramadhan yang lalu...Allah SWT dengan rahmatNya telah menganugerahi Alidil Fitri sebagai hadiah kepada kita. Bukan sekadar itu, Allah SWT juga menjanjikan ganjaran seumpama berpuasa setahun bagi orang beriman yang berpuasa enam hari dalam bulan Syawal.


Manakan termampu kita untuk berpuasa setahun ? Justeru, tawaran ini sewajarnya direbut dengan penuh rasa tawajjuh ke hadrat Allah SWT dan jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Bayangkan, jika sebuah pasaraya menghebahkan tawaran istimewa...kita pasti akan teruja untuk membeli-belah. Kini, tawaran yang jauh lebih hebat dari Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sedang berlangsung....TERUJAKAH KITA ? - 6 hari di balas setahun...

;;