Sunday, August 16, 2009

YANG BAIK BIARLAH BERKAT..

Pada 10 - 16 Julai 09 yang lalu, aku telah diamanahkan untuk membuat liputan MASKOM Langkawi Extreme Challenge. Antara aktiviti yang diadakan ialah berkayak mengelilingi Pulau Langkawi, Kayuhan basikal, Projek Anak Angkat, Pameran dan Kursus Pendek. Lebih 180 orang peserta dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi terlibat dalam program ini.
Apa yang menarik perhatian aku ialah, kesungguhan para peserta menamatkan kayuhan. Menempuh ribut dan gelombang. Tapi kerana minat dan kecintaan terhadap sukan ini mereka sanggup bersusah payah sekalipun terpaksa berdepan risiko.
Sebenarnya bersukan memang amalan yang baik dan digalakkan..tetapi jangan sampai melalaikan kita dari mengingati Allah SWT. Apapun yang kita lakukan, matlamat utama kita mestilah ke arah mencari keredzaan Allah SWT. Jika ini menjadi keutamaan kita, InsyaAlah keseluruhan organisasi kita akan diberkati.

2 Comments:

  1. pijankodok said...
    salam.. Bro, saya sebagai pegawai pengiring dan peserta kayak MASKOM terfikir gak dalam perjalanan.... nasib baik lah student saya jenis yang ingat hal bab solat ni... terutama bila kami berkayak dari tg rhu-sg kilim-pantai beringin.. sampai pun dah petang.. dan hampir2 masuk waktu maghrib.. huhuhu.. k lah nice pprogram... bro, nak picture keseluruhan MLEC bleh...???
    imanhanzalah said...
    Boleh..InsyaAllah. tapi bagaimana nak saya sampaikan gambar-gambar berkenaan pada saudara ?

Post a Comment