Sunday, September 27, 2009
Selepas solat Subuh pagi tadi...seorang rakan menghampiri aku dengan wajah yang agak sugul. Selalunya, bila kami terjumpa di mana-mana..ada saja gurauannya. Dia memang seorang rakan yang suka bergurau tetapi amat bersopan-santun dalam gurauannya. Tapi pagi ini lain...dia diam seribu bahasa.Catatan : Semoga mendapat kesudahan yang baik..
Tuesday, September 22, 2009
Ahad - 20 September 2009, seluruh Ummat Islam khasnya di Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Malah ada beberapa negara lain turut menyambut Aidil Fitri pada tarikh
Perbezaan ini terlalu remeh untuk diperdebatkan. Apa yang lebih penting adalah sejauh mana kita memahami Aidil Fitri sebagai satu hadiah daripada Allah SWT dan bagaimana cara kita menghargai hadiah dari Allah SWT ini.
Aidil Fitri adalah hadiah dari Allah SWT kerana meraikan kemenangan ummat Islam mengharungi Ramadhan dengan cemerlang. Hari ini juga disebut sebagai hari kemenangan. Justeru, Nabi SAW telah mengajarkan kita cara untuk menghargai hadiah Allah SWT dengan sebaik-baik cara. Kehadiran 01 Syawal di sambut dengan takbir..selain memperbanyakkan tahmid dan tasbih ke hadrat Allah SWT.
Semangat dan kekuatan rohani yang dipupuk dalam bulan Ramadhan sewajarnya dibajai agar terus subur dan berkembang. Bukan dikuburkan bersama kemeriahan Aidil Fitri. Malangnya, malam-malam terakhir Ramadhan kebanyakan dari kita terlalu sibuk dengan persiapan Aidil Fitri sehingga mengabaikan amal ibadat di malam-malam terakhir Ramadhan.
Pelbagai agenda hiburan di susun dengan penglibatan sekian banyak penghibur, pelawak dan pelbagai insan seni. Seawal hari raya pertama sehingga berakhirnya bulan Syawal pelbagai aktiviti direncana untuk memeriahkan bulan Syawal.
Hakikatnya, kita tidak dilarang untuk bergembira di hari mulia ini TETAPI janganlah sehingga mencemarkan Aidil Fitri sebagai hadiah dari Allah SWT, Jangan pula kita hanya ghairah untuk menerima "hadiah" tetapi mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT.
Wallah hua'lam
Catatan : Salam Aidil Fitri ...
Wednesday, September 16, 2009
Syukurlah ke hadrat Allah SWT, berkat usaha gigih guru-guru, pelajar dan ibubapa...ratusan para hafiz dan hafizah telah berjaya dikeluarkan dari Maahad tahfiz Lorong Alif, Jitra, Kedah. Adik Mukhtar adalah salah seorang dikalangan anak-anak yang menghafaz Al qur'an dalam usia yang muda. Jarang sekali kejayaan seperti ini dihebahkan berbanding kejayaan dalam bidang akademik. Apa pun..semoga usaha dan susah-payah mereka dalam memartabatkan Ilmu Al-Qur'an mendapat ganjaran berpanjangan dari Allah SWT. Amin
Catatan : Jitra, Pelajar Maahat Tahfiz Lorong Alif
Tuesday, September 15, 2009
Beberapa hari saja lagi Syawal akan menjelma..dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Tak pasti..apakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang atau inilah Ramadhan kita yang terakhir.
Catatan : ..dari bilik 1413 Hotel Midah, Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2009
Seorang rakan yang sama "out station" dengan aku bercerita tentang Baazar Aidil Fitri. Dia kata kat Chow Kit..banyak pilihan. Barang pula murah-murah. Berkualiti pula tu. Kawan dia dah pergi dan beli. Dia bercadang nak ajak aku pergi lepas Solat Tarawih malam nanti.
Catatan : Orang Islam yang kuat disukai Allah SWT
Beberapa hari kebelakangan ini.. aku bertugas di Kuala Lumpur. Kesibukan menyebabkan aku tidak berkesempatan untuk menulis catatan di blog ini. Tapi, syukurlah kerana aku masih dapat melalui 10 hari terakhir Ramadhanku dengan melakukan solat Tarawih berjemaah walaupun terpaksa out station.
Sewaktu mula menerima surat arahan untuk bertugas di luar kawasan, aku rasa agak keberatan memandangkan tarikh tersebut termasuk 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan. Kalau boleh aku ingin menumpukan perhatian pada Tarawih dan Tadarrus di tempat sendiri...selain boleh memberi tumpuan kepada anak-anak awal usia yang baru belajar berpuasa.
Tapi mematuhi arahan majikan yang memimpin kita juga satu ibadat selagi tidak bercampur baur dengan perkara-perkara maksiat. Ramadhan bukan penghalang untuk kita bekerja. Amal ibadat boleh dilakukan di mana-mana saja jika kita mahu. Bermacam-macam "statement" bermain dalam pemikiran aku.
Hari ini adalah hari terakhir aku di luar kawasan..InsyaAllah esok aku akan balik. Sepanjang di sini, aku dapat mengerjakan solat Tarawih dan bertadarrus seperti biasa. Apa yang aku bimbangkan selama ini meleset sama sekali. Semuanya berjalan dengan lancar. Setiap malam, semua rakan sekerja aku akan berkumpul di surau tingkat 18 di hotel ini untuk mengerjakan Solat Sunat Tarawih. Setiap hari selepas solat Subuh pula..ada saja penghuni hotel yang bertadarrus.
Syukurlah kerana kami tidak tercicir dari mengambil manafaat dalam bulan Ramadhan walaupun terpaksa bertugas di luar kawasan. Teringat aku dengan maksud firman Allah SWT yang bermaksud :
" Barangsiapa yang berkata, Tuhanku ialah ALLAH..dan berpegang-teguh dengan kata-kata itu. Maka datanglah para malaikat kepadanya mengucapkan selamat "
Wallahua'lam
Catatan : Dari bilik 1413 Hotel Midah, Jln Kampung Attap, KL
Thursday, September 10, 2009
Sebuah riwayat diambil dari Al Bidayah wan Nihayah karangan Ibnu Katsir bahwa Umar ibn al Khatab ra. telah mengirim tentera Islam di bawah pimpinan Sa'ad bin Abi Waqas untuk menakluk Parsi. Ia (Umar ra.) menulis sepucuk surat kepadanya, sebagai berikut:Catatan : Umar R.A - Wira Islam sepanjang zaman
