Tuesday, September 15, 2009

PERPISAHAN KIAN HAMPIR...

Beberapa hari saja lagi Syawal akan menjelma..dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Tak pasti..apakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang atau inilah Ramadhan kita yang terakhir.

Bagi yang memahami kehebatan Ramadhan...perpisahan ini merupakan saat yang agak mengharukan. Mereka akan mengisi 10 hari terakhir Ramadhan ini dengan beramal sebanyak mungkin. Seolah-olah..mereka tidak mahu berpisah dengan Ramadhan. Keyakinan terhadap janji malam Lailatul Qadr mendorong mereka berlumba-lumba dengan melakukan amal salih sedaya mampu.

Bagi yang tidak kesah dengan kehebatan Ramadhan..perpisahan ini memang dinantikan. Mereka tidak sabar lagi untuk menyambut hari raya. Pelbagai aktiviti menyeronokkan dirancang sepanjang bulan Syawal. Persediaan hari raya dibuat secara berlebihan sehingga mengabaikan hari-hari terakhir Ramadhan. Lebih parah..sambutan Aidil Fitri dicampur aduk dengan hiburan yang melalaikan.

Pada hal..Aidil Fitri adalah hadiah dari Allah SWT kerana meraikan kemenangan hamba-hambanya menghadapi Ramadhan. Amat menghairankan, orang yang tidak cemerlang dalam bulan Ramadhan lebih ghairah menerima hadiah dari Allah SWT ini. Pelbagai majlis keramaian dirancang. Media elektronik pula sarat dengan program hiburan dan nyanyian.

Kita tidak ada pilihan lain selain merujuk kepada Al Qur'an dan hadis...bagaimana sepatutnya Ramadhan dilepaskan pergi...dan kehadiran Syawal kita raikan. Andai ini dapat kita lakukan...perpisahan dan pertemuan dengan ke dua-dua bulan ini akan membawa rahmat dalam seluruh kehidupan kita...InsyaAllah.

Wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment