Monday, September 14, 2009

DARI LUAR KAWASAN...

Beberapa hari kebelakangan ini.. aku bertugas di Kuala Lumpur. Kesibukan menyebabkan aku tidak berkesempatan untuk menulis catatan di blog ini. Tapi, syukurlah kerana aku masih dapat melalui 10 hari terakhir Ramadhanku dengan melakukan solat Tarawih berjemaah walaupun terpaksa out station.

Sewaktu mula menerima surat arahan untuk bertugas di luar kawasan, aku rasa agak keberatan memandangkan tarikh tersebut termasuk 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan. Kalau boleh aku ingin menumpukan perhatian pada Tarawih dan Tadarrus di tempat sendiri...selain boleh memberi tumpuan kepada anak-anak awal usia yang baru belajar berpuasa.


Tapi mematuhi arahan majikan yang memimpin kita juga satu ibadat selagi tidak bercampur baur dengan perkara-perkara maksiat. Ramadhan bukan penghalang untuk kita bekerja. Amal ibadat boleh dilakukan di mana-mana saja jika kita mahu. Bermacam-macam "statement" bermain dalam pemikiran aku.


Hari ini adalah hari terakhir aku di luar kawasan..InsyaAllah esok aku akan balik. Sepanjang di sini, aku dapat mengerjakan solat Tarawih dan bertadarrus seperti biasa. Apa yang aku bimbangkan selama ini meleset sama sekali. Semuanya berjalan dengan lancar. Setiap malam, semua rakan sekerja aku akan berkumpul di surau tingkat 18 di hotel ini untuk mengerjakan Solat Sunat Tarawih. Setiap hari selepas solat Subuh pula..ada saja penghuni hotel yang bertadarrus.


Syukurlah kerana kami tidak tercicir dari mengambil manafaat dalam bulan Ramadhan walaupun terpaksa bertugas di luar kawasan. Teringat aku dengan maksud firman Allah SWT yang bermaksud :


" Barangsiapa yang berkata, Tuhanku ialah ALLAH..dan berpegang-teguh dengan kata-kata itu. Maka datanglah para malaikat kepadanya mengucapkan selamat "


Wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment