Tuesday, September 22, 2009

HADIAH DARI ALLAH SWT

Ahad - 20 September 2009, seluruh Ummat Islam khasnya di Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Malah ada beberapa negara lain turut menyambut Aidil Fitri pada tarikh

yang sama. Jika pun berbeza, perbezaan tarikh itu merupakan satu rahmat untuk ummat Islam.
Perbezaan ini terlalu remeh untuk diperdebatkan. Apa yang lebih penting adalah sejauh mana kita memahami Aidil Fitri sebagai satu hadiah daripada Allah SWT dan bagaimana cara kita menghargai hadiah dari Allah SWT ini.

Aidil Fitri adalah hadiah dari Allah SWT kerana meraikan kemenangan ummat Islam mengharungi Ramadhan dengan cemerlang. Hari ini juga disebut sebagai hari kemenangan. Justeru, Nabi SAW telah mengajarkan kita cara untuk menghargai hadiah Allah SWT dengan sebaik-baik cara. Kehadiran 01 Syawal di sambut dengan takbir..selain memperbanyakkan tahmid dan tasbih ke hadrat Allah SWT.

Semangat dan kekuatan rohani yang dipupuk dalam bulan Ramadhan sewajarnya dibajai agar terus subur dan berkembang. Bukan dikuburkan bersama kemeriahan Aidil Fitri. Malangnya, malam-malam terakhir Ramadhan kebanyakan dari kita terlalu sibuk dengan persiapan Aidil Fitri sehingga mengabaikan amal ibadat di malam-malam terakhir Ramadhan.

Pelbagai agenda hiburan di susun dengan penglibatan sekian banyak penghibur, pelawak dan pelbagai insan seni. Seawal hari raya pertama sehingga berakhirnya bulan Syawal pelbagai aktiviti direncana untuk memeriahkan bulan Syawal.

Hakikatnya, kita tidak dilarang untuk bergembira di hari mulia ini TETAPI janganlah sehingga mencemarkan Aidil Fitri sebagai hadiah dari Allah SWT, Jangan pula kita hanya ghairah untuk menerima "hadiah" tetapi mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT.

Wallah hua'lam

0 Comments:

Post a Comment