Monday, September 14, 2009

PEMANDU TEKSI DAN BAJU BENGGALI

Seorang rakan yang sama "out station" dengan aku bercerita tentang Baazar Aidil Fitri. Dia kata kat Chow Kit..banyak pilihan. Barang pula murah-murah. Berkualiti pula tu. Kawan dia dah pergi dan beli. Dia bercadang nak ajak aku pergi lepas Solat Tarawih malam nanti.


Selepas Solat Tarawih, dia datang bilik aku ajak pergi cepat. Kami naik teksi dari hotel. Sepanjang perjalanan kami berbual dengan drebar teksi tentang persediaan hari raya yang tinggal 5 hari saja lagi. Tetiba drebar teksi tu tanya..nak beli barang apa. Kawan aku kata dia nak beli baju benggali..baju labuh buat pakai solat. Drebar teksi tu tersenyum...dia kata, "saya pun dah lama teringin nak pakai baju macam tu..tapi tak berani nak pakai takut digelar alim sangat pula nanti.."

Lepas beli baju, kami nak naik monorel..tapi perkhidmatan dah habis sebab dah lebih pukul 12.00 malam. Terpaksa juga naik teksi. Tapi kali ini, teksi lain. Drebar kali ni tua sikit. Pak Cik ni peramah. Masuk jer dalam teksi...dia terus tegur kami. "Beli baju raya ker.. ", tanya Pak cik Drebar. Kawan aku siap keluarkan baju benggali dari plastik tunjuk kat pakcik tu. " Beli baju Qurta..buat pakai sembahyang raya", kawan aku jawab sambil memasukkan baju dalam palstik.

Pak Cik Drebar tu kata...dia pun beli baju macam tu juga. tapi dia panggil baju "tut". Pak Cik tu kata lagi, "Baju ni sedap dipakai..rasa selesa bila sembahyang...". Aku secara berseloroh tanya Pak Cik tu, " tak takut digelar alim sangat ker nanti" ?. Pak Cik tu ketawa..sambil menjawab, "alim bukan pada baju..tapi kalau orang kata alim...saya akan aminkan doa dia...mana tau berkat kata-kata itu..saya akan betul-betul jadi alim".

Kesimpulan cerita aku ni ialah, sentiasalah berfikiran positif. Jangan takut berbuat kebaikan..selagi apa yang kita perbuat tidak mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Kalau perkara sekecil ini pun kita tak berani...macam mana nak pertahankan agama dari musuh-musuh Islam.


Maksud Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu
agama Allah SWT, Allah SWT akan membantu kamu...

Wallahua'lam

0 Comments:

Post a Comment