Saturday, September 5, 2009

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG..

Nikmat yang paling besar dalam hidup ini ialah nikmat Islam. Syukurlah ke hadrat Allah SWT..kerana kita ditakdirkan lahir sebagai anak orang Islam. Lebih bernasib baik lagi, jika ibubapa kita pula mendidik dan membesarkan kita dengan cara Islam.


Tapi..tidak semua ibubapa faham tentang pendidikan anak-anak mengikut cara Islam yang betul. Bukan mereka tidak mahu kepada Islam..tetapi mereka sendiri kurang faham dengan kaedah pendidikan Islam.

Sebagai anak-anak, kita tidak boleh menyalahkan mereka. Mereka telah melakukan yang terbaik sekadar kemampuan mereka. Kini, kita sendirilah yang mesti berusaha. Mempelajari dan memahami..serta mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan kita. Jangan kita hanya tahu menyalahkan ibubapa kita untuk menutup sifat malas kita mencari ilmu.

Andainya kita hanya berasa memadai dengan apa yang kita tahu..beramal ala kadar...agama sekadar ikut-ikutan. Lambat-laun kita akan terjauh dari amalan agama. Kita tidak akan rasa sayang pada agama. Paling ditakuti..kita akan tersisih dari agama Islam yang mulia.

Setiap saat, setiap ketika...adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meningkatkan ketaatan terhadap Allah SWT di mana saja kita berada. Agar kita tidak termasuk orang yang disifatkan oleh Allah SWT dalam firman Nya yang bermaksud :

"..dan tinggallah mereka yang menjadikan agama mereka
sebagai mainan dan senda gurauan..."

Wallahu a'lam..

0 Comments:

Post a Comment