Friday, September 4, 2009

SETELAH 17 TAHUN BERLALU...

17 tahun yang lalu...Maahad Tahfiz Lorong Alif, Jitra, Kedah memulakan operasinya dalam keadaan serba kekurangan. Bermula dengan beberapa orang pelajar rintis dan seorang guru tahfiz..maahad ini kemudiannya telah berkembang tahun demi tahun.

Berkat doa, fikir dan pengorbanan beberapa orang tempatan..maahad ini telah menempa pelbagai kejayaan cemerlang. Di antaranya, menghasilkan ratusan para hafiz dan hafizah, menghantar para pelajar ke luar negara, penambahbaikan bangunan madrasah, pertambahan guru, pertambahan pelajar serta mempunyai beberapa cawangan di Alor Setar, Kuala Ketil dan Sarawak.

Suatu yang istimewa tentang madarasah ini ialah pelajarnya terdiri dari pelajar pelbagai negara termasuk dari Germany, Australia, Amerika, Thailand, Indonesia, Burma, Cambodia, Filipina dan Malaysia. Malah, guru-guru tahfiz maahad ini juga berasal dari pelbagai negara.

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan ialah, kejayaan maahad ini adalah kerana keikhlasan pentadbir madrasah, guru-guru, para pelajar dan ibubapa dalam memartabatkan Al Qur'an sebagai sumber utama kehidupan ummat.

0 Comments:

Post a Comment