Monday, September 7, 2009

BERSANGKA BAIK ...

Baru-baru ni..aku berpeluang mendengar satu ceramah agama. Isu yang ditimbulkan..agak menarik .. iaitu 'BERSANGKA BAIK". Ini yang ingin aku kongsikan dengan rakan-rakan pembaca yang bertandang ke blog aku ni...

Syaitan pernah bersumpah akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan anak cucu Adam A.S. Termasuk kita lah tu....Tak terkecuali...Kata Sang Ustaz, "ada orang rajin mengaji, rajin juga ke masjid, kalau ada majlis ilmu...dia ada tepi meja tuan guru...pendek kata penampilannya pun memang penampilan orang beragama...kira jenis orang bagus lah ni.."

Tapi awas...orang macam ni pun belum tentu selamat dari bisikan syaitan. Syaitan pun berbisik, "kau memang manusia yang bagus..rajin beramal..warak...dari muka dan cara kau pun nampak kewarakan itu. Kau sorang jer bagus...orang lain semua tak bagus. Dorang semua tak warak macam kau...Jangan layan dorang tu... buat tak tau jerrr"

Lantaran itulah, hati-hatilah..jangan pandang kekurangan atau keburukan orang lain. Jika seseorang itu mempunyai 99 keburukan tetapi satu sahaja kebaikan...pandanglah kebaikannya yang satu itu. Sebaliknya, jika kita mempunyai 99 kebaikan tetapi...cuma ada satu keburukan. Pandanglah keburukan kita yang satu itu supaya kita dapat membetulkannya..

Peringatan ini sekadar mengingatkan kita bersama supaya tidak disesatkan oleh syaitan durjana. Bukan pula bermakna...aku yang menulis ini lebih baik..bahaya nihhh. Ambillah iktibar apabila Musa A.S bercakap dengan firaun...baginda Musa A.S bercakap dengan lemah lembut..pada hal Musa A.S lebih baik dan lebih dekat dengan Allah SWT berbanding kita...dan Firaun lebih jahat..dan terjauh dari rahmat Allah SWT..
Wallah hua'lam..

0 Comments:

Post a Comment