Wednesday, September 2, 2009

APA TUJUAN SOLAT ???

Sudah termaklum, solat adalah perintah Allah SWT yang paling utama. Tidak ada tempat dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.Justeru, Rasulullah SAW menyamakan orang yang meninggalkan solat sebagai orang yang meruntuhkan agama. Dalam sebuah hadis Nabi SAW dinyatakan, amalan yang julung kali dihisab pada hari kiamat ialah amalan solat. Jika baik solat seseorang itu, baiklah keseluruhannya. Jika buruk solat seseorang itu, maka buruklah juga penghisaban lainnya. Tapi..APA TUJUAN SOLAT ?

Sebenarnya, disebalik amalan solat tersembunyi jutaan hikmah. Di dalamnya terkandung kelebihan untuk kehidupan dunia dan juga manafaat akhirat yang amat besar. Apabila kita bersolat, mulut kita menyebut kalimah yang baik, mata kita tunduk ke tempat sujud tidak melihat yang haram, tangan, kaki, telinga, malah seluruh pancaindera kita melakukan perkara yang baik-baik sahaja. Pemikiran kita juga hanya mengharapkan keredzaan Allah SWT se mata-mata.

Di antara tujuan solat, ialah supaya kita membawa sifat-sifat mulia dalam solat yang dinyatakan tadi ke dalam kehidupan seharian kita. Jika dalam solat seluruh pancaindera kita hanya melakukan ketaatan kepada Allah SWT...maka sepatutnya di luar solat juga begitu. Hakikatnya, dalam amalan solat yang hanya beberapa rakaat sahaja itu..terkandung tarbiah hidup yang amat besar. Itupun, jika solat itu dilakukan dengan sempurna dan mengharapkan keredzaan Allah SWT.

Benarlah firman Allah SWT yang maha agung, "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya dan mungkar"

Wallahua'lam..

0 Comments:

Post a Comment