Tuesday, September 29, 2009

MINTA TOLONG...

Kisah benar ini...sering terjadi dalam kehidupan seharian kita. Cuma kadang-kadang kita tak perasan bahawa di sebalik kisah seperti ini ada banyak pengajaran jika kita mau berfikir.

Anakanda saya Iman dan Hanzalah sedang menonton rancangan kartun "Upin & Ipin". Berminat sungguh dua beradik ini dengan watak dalam cerita tersebut. Kalau boleh tak nak berenggang dari TV. Biar dapat menonton sampai puas..biar dialog dapat dihafal. Watak dalam cerita...semuanya mereka kenal bagai ahli keluarga sendiri.

Tiba-tiba Iman bersuara, "abang, tolong ambil kasut adik kat dalam kereta, lepas tu tolong rendam kat bilik mandi, dah tu basuh sekali...kemudian jemur bawah panas matahari...tolong yer". Mendengar permohonan minta tolong yang panjang lebar, si abang pun bertanya," kalau semua abang tolong...adik nak buat apa pula"????....dengan selamba rocknya....adik pun menjawab," alaaaa...nak tengok tv"..

Kadang-kadang dalam kehidupan kita sebagai orang dewasa juga, kita kerap melepaskan tugas dan tanggungjawab kita kepada orang lain atas alasan "minta tolong". Hakikatnya, kalau seratus peratus orang lain yang buat....itu bukan minta tolong lagi....TETAPI....minta buatkan bagi pihak kita. kalau semua orang lain yang buat...kita nak buat apa ??? Tengok TV juga kerrrr????

1 Comment:

  1. Ain Hawani said...
    kenapalah mesti ada sifat malas dalam diri manusia????

    Apapown, setiap kali rasa malas menguasai diri, ana akan sentiasa ingatkan diri supaya lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T

Post a Comment