Tuesday, September 8, 2009

NAK MAKAN GAJI JUGA-JUGA..

Lepas solat Subuh pagi Jumaat baru -baru ni ..aku tak terus balik ke rumah. Ada kawan nak jumpa. Dia kata dah lama sangat berhajat nak jumpa aku. Tapi dia pun sibuk Kerja pagi petang siang malam. Anak ramai. Bini tak kerja. Semua dia yang tanggung. Tapi kali ni penting sangat. Ada hajat...

Lepas jemaah bersurai...dia meluru datang jumpa aku. Kawan aku ni memang jenis kalut sikit. Kadang-kadang lawak juga tengok dia. Tak sempat aku bagi salam..dia tarik tangan aku ajak bersembang kat luar masjid. Aku suspen..tak keruan...

Kami sembang bawah bangsal basikal. Dia mula bercerita dengan penuh emosi. Dia kata anak bujang dia dah dua tahun tamat belajar dari universiti tempatan. Dok usung ijazah minta kerja merata. Satu pun tak dapat. Kerja lain anak dia tak minat. Aku tanya apa bidang pengkhususan anak dia. Dia kata..pengurusan..tapi tak tau pengurusan apa. Habis tu dia buat apa dalam dua tahun ni... Dia kata dok saja laaa. Makan tidur sampai berat badan pun dah naik lapan kilogram.

Abis tu..kenapa jumpa aku. Sepatutnya dia pergi Jabatan Tenaga Kerja...baru betul . Kawan aku kata...dia dengar cerita ada pekerja kat tempat aku bersalin. Mana tau ada peluang kerja sementara. Ganti orang bersalin. kalau bagus nanti diserap terus. Anak dia pun nak kerja macam tu...boleh pakai tali leher..dan baju lengan panjang.

Rupanya, dia nak aku rekomen anak dia jadi Cikgu ganti orang bersalin. Aku minta maaf sangat...sebab aku dah lama tak jadi Cikgu sekolah. Mungkin dia tak tau sebab kami dah lama tak jumpa. Tapi aku bagi cadangan...supaya anak dia buat berniaga kecil-kecilan...buka warung ker. Mana tau perniagaan tu membawa keuntungan. Kerja memang susah sekarang ni. Tapi dia kata..."kalau nak buka warung baik tak payah masuk universiti". Tapi aku kata, " itu lebih baik dari goyang kaki ".

Bukankah nabi SAW pernah bersabda :
9 / 10 dari sumber rezeki itu adalah dalam berniaga.
wallhua'lam

0 Comments:

Post a Comment