Tuesday, September 29, 2009
Kisah benar ini...sering terjadi dalam kehidupan seharian kita. Cuma kadang-kadang kita tak perasan bahawa di sebalik kisah seperti ini ada banyak pengajaran jika kita mau berfikir.
Catatan : Banyakkan memberi kurangkan meminta...
Catatan : Ya Allah...selamatkan kami dari kealpaan
Untuk bermegah dan berbangga
Mendabik dada keras kepala
Angkuh dan sombong bicara
Konon kitalah segalanya
Pandai itu ini.....
Bijak segala macam
Petah berkata-kata
Kelulusan tinggi...Ijazah berguni-guni
Pangkat itu ini
Bintang berkarang ..
Gelaran terpanjang..
Orang penting...
Tak ada kita semua tak menjadi...
Yang bagus itu ...aku
Yang pandai itu...aku
Yang baik itu....aku
Yang hebat itu....aku
Semuanya ...aku
Siapalah kita...
Bila diakhir kalam...
Lidah kelu mengucap syahadah
Terpadam seri wajah
Berpaling Rasulullah SAW
Tanpa Syufaat
Dinafikan sebagai ummat...
Di mana ijazah berguni ????
Bintang berkarang ?????
Gelaran terpanjang ????
Pangkat darjat ????
Siapalah kita ????
Catatan : Hasil Nukilan - imanhanzalah
Monday, September 28, 2009
Manakan termampu kita untuk berpuasa setahun ? Justeru, tawaran ini sewajarnya direbut dengan penuh rasa tawajjuh ke hadrat Allah SWT dan jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Bayangkan, jika sebuah pasaraya menghebahkan tawaran istimewa...kita pasti akan teruja untuk membeli-belah. Kini, tawaran yang jauh lebih hebat dari Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sedang berlangsung....TERUJAKAH KITA ? - 6 hari di balas setahun...
Catatan : Peluang keemasan hanya datang sekali...
Sunday, September 27, 2009
Catatan : Semoga mendapat kesudahan yang baik..
Tuesday, September 22, 2009
Ahad - 20 September 2009, seluruh Ummat Islam khasnya di Malaysia telah menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Malah ada beberapa negara lain turut menyambut Aidil Fitri pada tarikh
Perbezaan ini terlalu remeh untuk diperdebatkan. Apa yang lebih penting adalah sejauh mana kita memahami Aidil Fitri sebagai satu hadiah daripada Allah SWT dan bagaimana cara kita menghargai hadiah dari Allah SWT ini.
Aidil Fitri adalah hadiah dari Allah SWT kerana meraikan kemenangan ummat Islam mengharungi Ramadhan dengan cemerlang. Hari ini juga disebut sebagai hari kemenangan. Justeru, Nabi SAW telah mengajarkan kita cara untuk menghargai hadiah Allah SWT dengan sebaik-baik cara. Kehadiran 01 Syawal di sambut dengan takbir..selain memperbanyakkan tahmid dan tasbih ke hadrat Allah SWT.
Semangat dan kekuatan rohani yang dipupuk dalam bulan Ramadhan sewajarnya dibajai agar terus subur dan berkembang. Bukan dikuburkan bersama kemeriahan Aidil Fitri. Malangnya, malam-malam terakhir Ramadhan kebanyakan dari kita terlalu sibuk dengan persiapan Aidil Fitri sehingga mengabaikan amal ibadat di malam-malam terakhir Ramadhan.
Pelbagai agenda hiburan di susun dengan penglibatan sekian banyak penghibur, pelawak dan pelbagai insan seni. Seawal hari raya pertama sehingga berakhirnya bulan Syawal pelbagai aktiviti direncana untuk memeriahkan bulan Syawal.
Hakikatnya, kita tidak dilarang untuk bergembira di hari mulia ini TETAPI janganlah sehingga mencemarkan Aidil Fitri sebagai hadiah dari Allah SWT, Jangan pula kita hanya ghairah untuk menerima "hadiah" tetapi mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT.
Wallah hua'lam
Catatan : Salam Aidil Fitri ...
Wednesday, September 16, 2009
Syukurlah ke hadrat Allah SWT, berkat usaha gigih guru-guru, pelajar dan ibubapa...ratusan para hafiz dan hafizah telah berjaya dikeluarkan dari Maahad tahfiz Lorong Alif, Jitra, Kedah. Adik Mukhtar adalah salah seorang dikalangan anak-anak yang menghafaz Al qur'an dalam usia yang muda. Jarang sekali kejayaan seperti ini dihebahkan berbanding kejayaan dalam bidang akademik. Apa pun..semoga usaha dan susah-payah mereka dalam memartabatkan Ilmu Al-Qur'an mendapat ganjaran berpanjangan dari Allah SWT. Amin
Catatan : Jitra, Pelajar Maahat Tahfiz Lorong Alif
Tuesday, September 15, 2009
Beberapa hari saja lagi Syawal akan menjelma..dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Tak pasti..apakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang atau inilah Ramadhan kita yang terakhir.
Catatan : ..dari bilik 1413 Hotel Midah, Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2009
Seorang rakan yang sama "out station" dengan aku bercerita tentang Baazar Aidil Fitri. Dia kata kat Chow Kit..banyak pilihan. Barang pula murah-murah. Berkualiti pula tu. Kawan dia dah pergi dan beli. Dia bercadang nak ajak aku pergi lepas Solat Tarawih malam nanti.
Catatan : Orang Islam yang kuat disukai Allah SWT
Beberapa hari kebelakangan ini.. aku bertugas di Kuala Lumpur. Kesibukan menyebabkan aku tidak berkesempatan untuk menulis catatan di blog ini. Tapi, syukurlah kerana aku masih dapat melalui 10 hari terakhir Ramadhanku dengan melakukan solat Tarawih berjemaah walaupun terpaksa out station.
Sewaktu mula menerima surat arahan untuk bertugas di luar kawasan, aku rasa agak keberatan memandangkan tarikh tersebut termasuk 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan. Kalau boleh aku ingin menumpukan perhatian pada Tarawih dan Tadarrus di tempat sendiri...selain boleh memberi tumpuan kepada anak-anak awal usia yang baru belajar berpuasa.
Tapi mematuhi arahan majikan yang memimpin kita juga satu ibadat selagi tidak bercampur baur dengan perkara-perkara maksiat. Ramadhan bukan penghalang untuk kita bekerja. Amal ibadat boleh dilakukan di mana-mana saja jika kita mahu. Bermacam-macam "statement" bermain dalam pemikiran aku.
Hari ini adalah hari terakhir aku di luar kawasan..InsyaAllah esok aku akan balik. Sepanjang di sini, aku dapat mengerjakan solat Tarawih dan bertadarrus seperti biasa. Apa yang aku bimbangkan selama ini meleset sama sekali. Semuanya berjalan dengan lancar. Setiap malam, semua rakan sekerja aku akan berkumpul di surau tingkat 18 di hotel ini untuk mengerjakan Solat Sunat Tarawih. Setiap hari selepas solat Subuh pula..ada saja penghuni hotel yang bertadarrus.
Syukurlah kerana kami tidak tercicir dari mengambil manafaat dalam bulan Ramadhan walaupun terpaksa bertugas di luar kawasan. Teringat aku dengan maksud firman Allah SWT yang bermaksud :
" Barangsiapa yang berkata, Tuhanku ialah ALLAH..dan berpegang-teguh dengan kata-kata itu. Maka datanglah para malaikat kepadanya mengucapkan selamat "
Wallahua'lam
Catatan : Dari bilik 1413 Hotel Midah, Jln Kampung Attap, KL
Thursday, September 10, 2009
Catatan : Umar R.A - Wira Islam sepanjang zaman
“ALLAH TAALA berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKU dan berdoa kepadaKU kerana sibuk dengan al-quran maka aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang AKU kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKU. Ketinggian perkataan ALLAH TAALA ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian ALLAH TAALA ke atas segala makhluk (ciptaan NYA).”
(Hadith riwayat Tirmizi, Darimi, dan Baihaqi)
Catatan : Al Qur'an pedoman hidup
Tuesday, September 8, 2009
Lepas solat Subuh pagi Jumaat baru -baru ni ..aku tak terus balik ke rumah. Ada kawan nak jumpa. Dia kata dah lama sangat berhajat nak jumpa aku. Tapi dia pun sibuk Kerja pagi petang siang malam. Anak ramai. Bini tak kerja. Semua dia yang tanggung. Tapi kali ni penting sangat. Ada hajat...
Catatan : Peniaga yang jujur dirahmati Allah SWT
Catatan : Al Qur'an pedoman hidup
Monday, September 7, 2009
Baru-baru ni..aku berpeluang mendengar satu ceramah agama. Isu yang ditimbulkan..agak menarik .. iaitu 'BERSANGKA BAIK". Ini yang ingin aku kongsikan dengan rakan-rakan pembaca yang bertandang ke blog aku ni...
Tapi awas...orang macam ni pun belum tentu selamat dari bisikan syaitan. Syaitan pun berbisik, "kau memang manusia yang bagus..rajin beramal..warak...dari muka dan cara kau pun nampak kewarakan itu. Kau sorang jer bagus...orang lain semua tak bagus. Dorang semua tak warak macam kau...Jangan layan dorang tu... buat tak tau jerrr"
Lantaran itulah, hati-hatilah..jangan pandang kekurangan atau keburukan orang lain. Jika seseorang itu mempunyai 99 keburukan tetapi satu sahaja kebaikan...pandanglah kebaikannya yang satu itu. Sebaliknya, jika kita mempunyai 99 kebaikan tetapi...cuma ada satu keburukan. Pandanglah keburukan kita yang satu itu supaya kita dapat membetulkannya..
Peringatan ini sekadar mengingatkan kita bersama supaya tidak disesatkan oleh syaitan durjana. Bukan pula bermakna...aku yang menulis ini lebih baik..bahaya nihhh. Ambillah iktibar apabila Musa A.S bercakap dengan firaun...baginda Musa A.S bercakap dengan lemah lembut..pada hal Musa A.S lebih baik dan lebih dekat dengan Allah SWT berbanding kita...dan Firaun lebih jahat..dan terjauh dari rahmat Allah SWT..
Sunday, September 6, 2009
Sekarang ni musim orang cakap tentang satu Malaysia. Bukan dua..bukan tiga...tapi satu Malaysia. Dulu orang cakap tentang Islam Hadhari...tapi sekarang dah tak kedengaran lagi. Aku pun tak pandai sangat nak cakap tentang benda- benda tu..
Catatan : Sekadar memperingati...
Saturday, September 5, 2009
Nikmat yang paling besar dalam hidup ini ialah nikmat Islam. Syukurlah ke hadrat Allah SWT..kerana kita ditakdirkan lahir sebagai anak orang Islam. Lebih bernasib baik lagi, jika ibubapa kita pula mendidik dan membesarkan kita dengan cara Islam.
Friday, September 4, 2009
Berkat doa, fikir dan pengorbanan beberapa orang tempatan..maahad ini telah menempa pelbagai kejayaan cemerlang. Di antaranya, menghasilkan ratusan para hafiz dan hafizah, menghantar para pelajar ke luar negara, penambahbaikan bangunan madrasah, pertambahan guru, pertambahan pelajar serta mempunyai beberapa cawangan di Alor Setar, Kuala Ketil dan Sarawak.
Suatu yang istimewa tentang madarasah ini ialah pelajarnya terdiri dari pelajar pelbagai negara termasuk dari Germany, Australia, Amerika, Thailand, Indonesia, Burma, Cambodia, Filipina dan Malaysia. Malah, guru-guru tahfiz maahad ini juga berasal dari pelbagai negara.
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan ialah, kejayaan maahad ini adalah kerana keikhlasan pentadbir madrasah, guru-guru, para pelajar dan ibubapa dalam memartabatkan Al Qur'an sebagai sumber utama kehidupan ummat.
Wednesday, September 2, 2009
Catatan : Riwayat Bukhari dan Muslim
Sebenarnya, disebalik amalan solat tersembunyi jutaan hikmah. Di dalamnya terkandung kelebihan untuk kehidupan dunia dan juga manafaat akhirat yang amat besar. Apabila kita bersolat, mulut kita menyebut kalimah yang baik, mata kita tunduk ke tempat sujud tidak melihat yang haram, tangan, kaki, telinga, malah seluruh pancaindera kita melakukan perkara yang baik-baik sahaja. Pemikiran kita juga hanya mengharapkan keredzaan Allah SWT se mata-mata.
Di antara tujuan solat, ialah supaya kita membawa sifat-sifat mulia dalam solat yang dinyatakan tadi ke dalam kehidupan seharian kita. Jika dalam solat seluruh pancaindera kita hanya melakukan ketaatan kepada Allah SWT...maka sepatutnya di luar solat juga begitu. Hakikatnya, dalam amalan solat yang hanya beberapa rakaat sahaja itu..terkandung tarbiah hidup yang amat besar. Itupun, jika solat itu dilakukan dengan sempurna dan mengharapkan keredzaan Allah SWT.
Benarlah firman Allah SWT yang maha agung, "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya dan mungkar"
Wallahua'lam..
Catatan : Semoga solat kita diterima..